Sunday, 30 November 2014

Hujung minggu yang padat dengan kenduri Kahwin


Minggu ni padat dengan menghadiri kenduri kahwin. Memang puaslah makan lauk kenduri. Hari ni pun sepupuku, Anne bersanding di sebuah dewan di Taman Cheras Jaya. Jam 11 dah bertolak ke sana, hinggalah hampir jam 5 petang baru sampai rumah. Dok melepak dalam dewan pun letih. Maklumlah orang berbadan dua ni nak baring-baring je. Lagipulak hari biasa, balik rumah pun dah hampir 8 malam. Penatnya lah badan..

Petang semalam kami sempat gak bawak anak-anak berenang di Marina Putrajaya. Walau dah attend 2 kenduri kahwin pun tak reti nak penat.

Mama dok lepak tepi jelah tengok diorng berenang dengan hubby.











Gambar atas tu dekat kenduri anak Nek Be di sebuah kompleks sukan keramat. Ada la sudut ambik foto dengan extra gadget seperti princess crown , tie dan love stick.

Pic tengah tu suasana kolam renang di Marina Putrajaya. Kolam ni tertutup, tapi sejuk sebab kat tingkat atas, agak windy. Tapi oklah, tiada gangguan cuaca. Air kolamnya bersih la jugak. Tu pasal sanggup kami ke sini walau jauh gak dari rumah. Hampir 3 jam kami habiskan waktu di sana. Kolam kecil untuk kanak-kanak, air dia suam sikit, Sesuai la untuk anak-anak kecil.

Di pusat Marina tu pun ada pelbagai kemudahan lain seperti Surau, Gym, kelas Aerobik, dan Snooker. Surau dia pun kemas dan selesa.

As usual, lepas solat maghrib kami pergi dinner di Taman Warisan Pertanian. Kat sini ada banyak la pilihan makanan. Yang mesti tak miss Roti John dan Satay. Yang herannya, setiap kali kami ke situ, mesti waktu tu hari hujan. Putrajaya memang kerap hujan sebelah petang dan malam ke?

Semalam kami order Nasi Ayam Hainan, satay dan Roti John Cheese. Harith makan bubur nasi ayam. Sedap bubur nasinya. Sorry lupa nak ambik gambo..dah kelaparan..hehe. Semua pun sedap!

Some testimoni updates untuk CMD

Ohya, hari Jumaat kelmarin, org gaji saya mula batuk..dan demam sedikit. Syukurlah tak tempias pada anak-anak.

Sebelum ke pejabat..saya bekalkan air yang dititis CMD untuk beliau. Alhamdulillah bila balik dr kerja, dah berkurang banyak..hampir 90% recovered. Orang dah berumur bila dah batuk bukan senang nak hilang. Alhamdulillah CMD membantu.

Anak-anak sekarang pun selalu amalkan air yang dicampur CMD ni, alhamdulillah nampaklah mereka ceria dan makin kuat antibodi. Mana taknya, kalau keluar berjalan, saya akan bawak bekalan air kosong bersama CMD. Nak tak nak diorang akan minum juga. Walau mereka berendam lama dalam kolam semalam , lagi pulak cuaca hujan, ada jugak terkena juga hujan gerimis, Alhamdulillah mereka nampaknya ok je today. Selera makan Harith pun makin baik, selain dah tak sembelit.

Oklah, dah habis dah coretan aktiviti keluarga minggu ni. Jumpa lagi bila ada kelapangan!



Wednesday, 26 November 2014

Mengapa selalu merasa letih ? 10 punca utama keletihan



1) Apa yang kita makan. Ramai mengambil jalan mudah dengan mengambil minuman kopi yang biasanya manis setiap pagi untuk meningkatkan kecergasan. Sebaliknya kopi adalah minuman yang bersifat asid (PH 4.5-6) dan gula juga meningkatkan paras gula dalam darah yang beri kesan buruk jangka panjang. Sebaliknya pilih lah diet yang seimbang dari sumber buah-buahan, sayuran dan protein. "Kebanyakan orang akan merasa kurang letih setelah mengamalkan diet yang sihat, Makan secara sihat juga dapat mengawal berat badan dan kegemukan adalah penyumbang utama kepada rasa keletihan" kata bekas Presiden American College of Physicians, J. Fred Ralston Jr., MD.

Note: Now saya cuma minum CMD untuk bunuh rasa keletihan. No more kopi, especially saya sedang mengandung ni. Di awal kehamilan, rasa letih yang melampau membuat saya kerap minum air kopi untuk hilangkan rasa letih tu. Syukur saya jumpa sesuatu yang lebih sihat. Gantikan juga gula kepada RCC Stevia.

2) Tidur yang cukup. Kebanyakan kita tidak mendapat tidur yang cukup. Seeloknya tidur awal dan elakkan minum kopi sebelum tidur. Pastikan bilik tidur yang selesa dan sunyi untuk mendapat tidur yang berkualiti. 

Note: elok juga minum air yang dititis CMD. When taken before bedtime, magnesium helps to calm the mood and induce restful sleep. CMD is rich with magnesium.



3) Amalan bersenam. Elakkan bersenam 3 jam sebelum tidur. Mungkin anda fikir bersenam hanya memenatkan. Sebaliknya dengan bersenam, ia menghasilkan lebih tenaga kepada tubuh kita. Menurut Ralston, hampir semua ujian menunjukan mereka yang kerap bersenam akan kurang merasa letih. Amalkan 40 minit senaman selama 4 hari seminggu untuk kesan yang lebih baik. Jadi, jomlah bersenam !


Jika 3 perkara di atas masih tak dapat selesaikan masalah keletihan anda, kita mungkin menghadapi masalah keletihan yang kronik yang dikaitkan dengan beberapa masalah kesihatan di bawah:


4) Anemia. Ia adalah sebab yang biasa bagi kebanyakan orang dan boleh diuji melalui ujian darah, menurut Sandra Fryhofer, MD, seorang professor dari  Emory University. Terutama sekali kepada wanita, yang mengalami aliran mentrual yang kuat.Ia boleh diatasi melalui diet yang kaya zat besi misalnya dari daging dan sayuran hijau. Pengambilan supplements yang kaya zat besi juga sangat membantu.


5) Kekurangan nutrisi. Misalnya kekurangan magnesium dan potassium. Ia boleh dikenalpasti melalui ujian darah.

6) Thyroid. Over-active dan under-active tiroid boleh menyebabkan simptom keletihan. TSH Level test boleh dilakukan untuk menguji fungsi Thyroid dalam badan pesakit. 

7) Diabetes. Lakukan ujian darah untuk semak paras gula anda. CMD juga berkesan membantu pesakit Diebetes menurunkan paras gula secara semulajadi.

8) Kemurungan. Jika anda merasa tertekan, kepenatan, hilang selera makan dan tidak mempunyai perkara yang boleh menggembirakan, itu ialah tanda kemurungan. Dapatkan khidmat kaunseling yang boleh membantu. Atau kongsi masalah dengan keluarga atau rakan yang boleh dipercayai.

Note : Magnesium supplements can also benefit women with severe emotional stress, anxiety, and insomnia.

9) Masalah sukar tidur. Jika sentiasa merasa penat dan kurang rehat, anda mungkin perlu berjumpa doktor terutama jika ada masalah berdengkur. Anda mungkin mengalami Sleep Apnea. Sleep Apnea yang tidak dirawat mendatangkan risiko yang tinggi seperti tekanan darah tinggi, strok dan kegagalan jantung.

10) Simptom penyakit jantung. Keletihan juga adalah salah satu simptom jantung yang bermasalah terutama kepada wanita. Jika anda bermasalah melakukan senaman seperti semput yang teruk, itu mungkin tanda awal yang serius. Segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.


Reference
1) http://curezone.com/
2) http://www.webmd.com/



Sunday, 23 November 2014

Testimoni CMD Revell Sendiri




Semangat datang untuk berkongsi kebaikan biasanya datang apabila produk itu bertindakbalas secara luarbiasa. Lebih-lebih lagi di saat kita sedang berdoa agar masalah kesihatan yang sedang kita alami segera pulih.

Demam , batuk kuat dan kencing kotor ketika hamil

Pada 13hb Oct 2014 yang lalu, saya jatuh sakit. Mulanya hanya selsema. Kemudian diikuti batuk dan demam yang kuat sehingga mencecah 39 darjah celcius. Yang merisaukan ialah saya sedang mengandung 4 bulan ketika tu, Hari ke 3 demam, saya buat ujian darah dan paras platlet ialah 150, which is at borderline. Alhamdulillah keesokannya paras platlet naik semula ke paras normal. Demam saya beransur baik dalam seminggu. Saya pun ada buat pemeriksaan lanjut dengan pakar sakit puan untuk pastikan bayi dalam kandungan saya tidak terjejas.

Saya masih makan vitamin dan some supplement yang semulajadi agar badan saya segera pulih. Yang sedihnya, selera makan saya sangat terjejas. Dah la baru sahaja morning sickness saya pulih. Namun ia datang kembali lepas demam yang teruk itu. Berat badan saya turun 2kg dalam masa seminggu demam.

Yang paling kronik ialah batuk yang sangat kuat. Itulah batuk paling kuat yang saya pernah kena seumur hidup. Batuk tu bukan sahaja buat saya tak dapat kawal buang air kencing, adakala sampai muntah. Pundi kencing saya yang lemah ini adalah kerana jangkitan kuman akibat kencing kotor. Jangkitan kuman mungkin berlaku kerana kurang minum air kosong. Yang tak seronoknya saya terpaksa memakai tuala wanita setiap masa. 


Kencing kotor bagi ibu mengandung perlu dititik beratkan, tidak boleh dipandang ringan, ini kerana ‘kencing kotor’ boleh menyebabkan bayi lahir pramatang dan berat badan bayi berkurang. Untuk si ibu pula risiko jangkitan kuman ke buah pinggang dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat.

Wanita hamil sememangnya lebih berisiko untuk mengalami ‘kencing kotor’ kerana ketika hamil, tahap kandungan hormon yang tinggi akan menyebabkan kekuatan otot salur kencing dan pundi kencing semakin lemah dan seterusnya menyebabkan ianya merenggang dan akan melambatkan pengaliran air kencing.

Saya terjumpa info ini berkenaan jangkitan candida (kencing kotor)

Magnesium is an important nutrient for women with chronic candida infections. A magnesium deficiency can develop from the diarrhea, vomiting, and other digestive problems associated with intestinal candida infections. Magnesium deficiency can worsen fatigue, weakness, confusion, and muscle tremor in women with candida infections. Women with these symptoms must replace the magnesium through appropriate supplementation. Magnesium deficiency has also been seen in women suffering from PMS; medical studies have found a reduction in red blood cell magnesium during the second half of the menstrual cycle in affected women. Magnesium, like vitamin B6, is needed for the production of the beneficial prostaglandin hormones as well as for glucose metabolism. Magnesium supplements can also benefit women with severe emotional stress, anxiety, and insomnia. When taken before bedtime, magnesium helps to calm the mood and induce restful sleep. Good food sources of magnesium include green leafy vegetables, beans and peas, raw nuts and seeds, tofu, avocado, raisins, dried figs, millet and other grains. 

Patutlah CMD sangat berkesan untuk masalah kencing kotor kerana kandungan Magnesium yang tinggi iaitu 250mg bagi setengah sudu teh CMD.

Sehinggalah pada 15hb Nov yang lalu, adik saya perkenalkan produk CMD ni. Rasa batuk kurang dengan ketara sejak saya amalkannya. begitu juga masalah pundi kencing lemah. Dalam masa seminggu batuk saya itu telah hilang dan kencing pun dah lawas. Selera makan bertambah baik dan saya tiada masalah minum air bercampur CMD dengan banyak. Sememangnya ibu mengandung perlu minum air yang cukup. 

Sakit tulang belikat

Saya juga selalu sakit di bahagian tulang belikat. Ia juga hilang mungkin badan saya dah kurang angin sejak amalkan CMD ni. Asid yang tinggi dalam badan menyebabkan badan kita banyak angin. Memang saya banyak sendawa sejak amalkan CMD ni. Saya memang sangat teruja bila sakit tulang belikat yang kerap ni hilang. Saya teringat kata arwah sepupu suami saya yang mengidap barah payu dara dahulu, bahawa antara simptom awal arwah dan rakan pesakit kanser beliau ialah sakit di bahagian tulang belikat. 

Berdasarkan analisis Dr Otto di bawah, saya dapat kaitkan hilangnya sakit itu kerana badan saya semakin rendah asid dan semakin beralkali.




Ketiak sensitif

Mengandung anak ke 4 memang memberi cabaran yang kuat untuk saya. Maybe disebabkan faktor umur, badan kita dah mula kehilangan banyak zat. Lepas 2 bulan hamil, ketiak saya jadi terlalu sensitif. Saya tak boleh guna deodoran lagi. Ia menyebabkan rasa gatal yang teramat. Sudahnya saya hanya pakai bedak ruam sahaja. Masalahnya bedak ruam tak dapat kawal bau badan hingga lewat petang. 

Oleh kerana CMD juga baik untuk masalah kulit, 2 hari lepas, saya mula cuba mix CMD dengan air dan disapu di bawah ketiak untuk hilangkan rasa gatal. Biasanya kalau letak bedak, tengahari saya dah rasa sangat gatal nak menggaru. Tapi alhamdulillah saya tak rasa gatal lagi sehingga pulang dari pejabat, Bukan itu sahaja, semalam lepas keluar berjalan dengan keluarga, kami singgah di rumah mak mertua saya. Tetiba teringat nak hidu bau ketiak kan..tengok takde bau sangat. Biasanya kalau petang-petang, lagi pulak kalau tak pakai deodoran, mesti dah hangit kan..siap panggil anak tolong bau. Diorang tu kena bagi upah la baru nak bau..hehe. Bila suh hidu, lama dia dok tercium. maybe cari bau yang tak jumpa..hehe. Jadi terbukti ia bagus sebagai deodoran untuk ketiak yang sensitif. Multipurpose kan?

Pedih ulu hati atau gastrik

Petang Jumaat lepas, tetiba rasa sakit di ulu hati. Biasanya nak hilangkan rasa sakit ni bukan la sekejap. Kekadang hingga malam pun tak hilang. Petang tu saya cuma minum air yang siap dibancuh CMD je. Hari-hari saya akan bawa air kosong dalam botol tupperware 1.5ml ke pejabat. Alhamdulillah, dalam masa sejam rasa sakit tu hilang. 


Testimoni Lain

Dalam seminggu saya guna CMD, macam-macam juga penemuan yang tak disengaja. Misalnya menghilang kesan minyak pada tangan tanpa sabun. Sebab dalam experimen pertama CMD yang boleh leraikan minyak dalam air. Saya kebetulan bilas tangan yang berminyak lepas makan burger di pejabat dengan air yang siap dibancuh CMD.

Bila ceritakan kat adik, dia pun dapat idea nak hilangkan kesan minyak sambal di baju denagn CMD. Rupanya bila dia cuba, memang boleh hilangkan kesan minyak sambal di baju juga. 

Pemutih Gigi

Selain itu juga, selama ni gigi saya jenis mudah berkarat. Padahal tak lah kuat minum kopi pun. Merokok pun tidak. Dulu bila setiap kali buat scaling gigi, doktor akan tanya saya ni dah lama ke tak buat scaling gigi. Memang cepat berkarat. Sekarang, walau dah lebih setahun saya tak pergi scaling, gigi masih putih. Takde karat hitam-hitam pun. Memang pelik je masa belek-belek gigi minggu lepas. Cerita dengan adik dia kata memang boleh putihkan gigi. Ada kawan dia pun bagi testimoni yang sama. Best la macam ni. Sebab saya sangat tak tahan nyilu. 




Saturday, 22 November 2014

Melawat Pusat Sains

Sempena cuti sekolah yang baru bermula semalam, kami membawa anak-anak ke Festival Sains yang diadakan di Pusat Sains Malaysia, Bukit Kiara.



Kami tiba di sana dalam pukul 12.30 tengahari. Anak-anak memang seronok la di sana, Ada banyak peralatan yang dipamerkan selain mereka boleh mencuba membuat ujikaji bagi setiap teori Sains yang ditunjukkan. Berikut adalah some pictures yang sempat kami rakamkan.



Mencuba pelbagai teori sains.


Aktiviti seni dengan tanah liat.


Di tingkat 2, ada bahagian Sains Forensik. Ada buku soalan untuk mengenalpasti suspek berdasarkan bahan bukti di tempat kejadian seperti kesan tayar, tapak kasut, cap jari dan lain-lain.


Festival Sains 2014 ini berlangsung dari 22-27 November 2014. Jadi jangan lepaskan peluang terutama kepada yang tinggal di sekitar lembah Klang. Masuk pun percuma je.




Thursday, 20 November 2014

ASID BERLEBIHAN PUNCA PENYAKIT



Asid yang banyak berkumpul dalam tubuh badan boleh menyebabkan:- 

Keradangan  
Sakit sendi  
Masalah penghadaman  
Kurang Tenaga  
Sukar mengurangkan berat badan  
Tekanan dan lain-lain

Asid berlebihan : Satu fenomena baru di mana ‘radikal bebas’ dan antioksidan menjadi focus utama 20 tahun yang lalu, masalah kandungan asid dalam badan, badan beralkali dan bagaimana untuk mengekalkan tahap pH yang optima adalah fokus hari ini.  

Asid berlebihan boleh melemahkan badan dan mengurangkan kadar kandungan nutrien penting dalam organ-organ utama, tulang dan gigi (ini termasuk kalsium, sodium, potassium dan magnesium).  Apabila nutrien penting ini digunapakai untuk meneutralkan dan membuang lebihan asid, kandungan nutrien dalam organ-organ akan terus berkurangan dan ini akan menyebabkan tubuh akan terus mengalami kerosakan yang berpanjangan.  Kondisi ini akan berlarutan bertahun lamanya tanpa dapat dikesan.

Asid berlebihan memberi kesan  setiap orang , ini kerana cara hidup, makanan dan persekitaran kita.  Asid yang terlalu banyak menjadikan tubuh badan kita terlalu mudah diserang penyakit. pH yang baik membenarkan tubuh badan untuk berfungsi dengan normal iaitu menghasilkan sel sihat dan menentang penyakit. Malahan sel kanser tidak aktif dalam tubuh badan yang mempunyai pH optima iaitu 7.4 pH.

Untuk mengekalkan tahap pH dalam tubuh badan yang optima, kita digalakkan untuk makan sekurang-sekurangnya 20% makanan berasid dan 80% makanan beralkali.  Tetapi terlalu sukar untuk kita memastikannya kerana 90% makanan dan minuman harian kita bersifat asid seperti daging, roti putih, telor, mee goreng, laksa, nasi, air tea, kopi, soda, milo, susu bertin, gula dsbnya.  Terlalu sedikit pula makanan beralkali seperti sayuran segar, buah-buahan, jus buah asli tanpa gula,  ‘whole grain’ dsb. Kebolehan tubuh badan untuk memproses asid berlebihan beransur berkurangan bila kita berumur dan tekanan hidup yang kita alami. 

Apabila dadah dan bahan kimia yang telah diperkenalkan dalam makanan, udara dan air, menjadikan bertambah sukar badan kita untuk mengawal ‘chemistry’ dalam tubuh badan kita.   Fungsi biologi dalaman berada dalam bahaya.   Sisa-sisa asid yang terlalu banyak dalam badan menganggu  level pH dimana tubuh badan berjuang untuk kekalkan, membawa kepada ‘metabolic acidotic stress’.   Inilah puncanya kita dapati kadar penyakit-penyakit yang meragut nyawa telah meningkat.


Terdapat lebih 400 saintifik jurnal menyokong penemuan ini. Ini bukanlah penemuan baru tetapi telah mendapat perhatian umum dipasaran hari ini.  Dibawah disertakan pandangan beberapa pakar:-

"Punca utama penyebab penyakit-penyakit kronik ialah terlalu banyak asid dalam tubuh badan" - Dr Otto Warburg (Penerima anugerah 'nobel prize' kerana berjaya membuktikan punca utama penyakit degeneratif ialah asid yang terlalu banyak dalam tubuh badan) 

“Asid yang berlebihan dalam badan seperti kereta yang kekurangan minyak enjin”  Dr Theodore A. Baroody penulis Alkalize or Die 

“Asid dalam badan menyebabkan sel darah melekat antara satu sama lain, lemah dan mati.  Apabila ini terjadi, lebih banyak asid masuk dalam saluran darah, menyebabkan berlakunya pencemaran dalam darah.  Tubuh badan cuba meneutralkan dengan mengambil bekalan nutrien daripada risab, tapi akhirnya risab ini akan berkurangan dan asid berlebihan mula melakukan kerosakan dalam arteri darah.   Tubuh badan dengan keupayaan  semula jadi mengeluarkan kolestrol yang banyak pula untuk melindungi arteri darah, kolestrol ialah kesan lain yang merbahaya”  Anthony Robin – penulis Get The Edge

Banyak kajian saintifik mendapati kesihatan mula berkurangan bermula apabila pH selular telah bertukar menjadi berasid, toksik dan tercemar.    Tekanan darah, kolestrol dan suhu tubuh badan menjadi barometer kesihatan tetapi tahap pH yang seimbang dalam badan  adalah sangat penting. 

Ramai orang mengambil berat kadar pH dalam kolam mandi daripada memastikan kadar pH dalam badan.   Kesannya, ramai orang cepat letih, immuniti yang rendah dan terdedah pada banyak penyakit-penyakit kronik.

Dapatkan sebotol CMD hari ini demi kesihatan yang lebih baik untuk membantu mengawal PH tubuh kita supaya lebih beralkali.




Fakta Mineral



Fakta Mineral

 ( 1 ) Lima peratus daripada berat badan manusia terdiri daripada mineral yang juga adalah pemangkin untuk semua fungsi utama badan. Vitamin tidak boleh digunakan tanpa kandungan tertentu mineral. Mineral membantu pengangkutan nutrien ke dalam sel. Darah dan bendalir tisu mesti mengekalkan imbangan pH dan mineral yang bertanggungjawab untuk mencegahnya daripada menjadi terlampau asidik atau alkali. Walaupun terdapat sedikit perbezaan dalam kepekatan darah dari segi kandungan kimianya, ia boleh mengakibatkan kesan sampingan yang teruk. Semua mineral bekerja secara sinergi antara satu sama lain dan membantu membawa tenaga elektrik atau sistem mesej saraf di seluruh badan. Tahap keseimbangan mineral dalam badan adalah pengukur beza antara mereka yang bertenaga dan tidak sihat

( 2 ) Apa yang kita makan, bagaimana makanan disiapkan dan bagaimana atau dimana tanaman itu ditanam menentukan bekalan mineral. Kehidupan manusia memerlukan semua mineral untuk memerlukan fungsi badan yang sihat. Makanan yang benar-benar semulajadi tumbuh di persekitaran semulajadi tentunya mengandungi pelbagai trace mineral. Kaedah teknologi perladangan moden tidak lagi menghasilkan makanan yang yang mengandungi trace mineral yang berkualiti lagi. Sebaliknya, makanan moden sangat kurang kandungan mineral dan ini menyebabkan kesihatan yang menurun dan memudaratkan pada masyarakat kita. Manusia terlibat dengan evolusi makanan semulajadi dan sekarang merasakan akibatnya. Tanah pertanian kita tidak mampu memberikan rantai makanan trace mineral yang berkualiti. Tanah sakit, tanaman sakit, orang sakit !

( 3 ) Penyakit baru : ketidakseimbangan mineral. Pakar menganggarkan bahawa 90% manusia mengalami ketidakseimbangan dan kekurangan mineral. Jika anda terdiri dalam peratusan ini, tidak kira disebabkan selalu bersenam, stress ataupun diet yang berlebihan dengan pengambilan makanan yang diproses, makanan yang kurang zat, maka tubuh anda akan sukar untuk memperbaiki keadaan tersebut, yang biasanya mengakibatkan mudah lapar, kekejangan otot dan mudah letih. Kajian saintis menjelaskan bahawa semua trace mineral mestilah terkandung dalam makanan untuk mencegah daripada sistem imun yang lemah dan berpenyakit. Makanan zaman sekarang amatlah kurang kandungan mineralnya.

 ( 4 ) Kemana perginya semua mineral ?. Kebanyakan trace mineral berlimpah dalam tanah pada zaman dahulu telah terhakis menuju lautan. Di laut, mineral tersebut didapatkan dalam perkadaran yang sesuai, sama seperti perkadaran asa yang didapati dalam tubuh yang sihat. Bahkan kini air laut dengan pengekalan kehidupan ini tidak dapat diciptakan kembali oleh ilmu sains, semua unsur penting untuk menyokong kehidupan manusia adalah bercas ionik dan dalam keseimbangan yang sempurna untuk diserap kedalam sel tubuh anda. Dalam beberapa laut pedalaman yang wujud bertahan, seperti tasik Great Salt di Amerika Utara bahagian barat, mineral-mineral penting ini didapati dalam kepekatan yang tinggi dan perkadaran yang baik.

Fakta bahawa mineral tersebut dalam perkadaran yang sama dengan jirim kehidupan yang sihat adalah kunci dan keseimbangan mineral dan trace mineral dalam air laut yang kompleks inilah menjadikannya begitu bermanfaat untuk tubuh manusia.

Anda boleh kaitkan setiap penyakit itu akibat kekurangan mineral. - Dr Linus Pauling, Pemenang 2 Nobel Prize

Concentrated Mineral Drops mengandungi 38% magnesium dalam bentuk ionik. Peranan magnesium ini dalam pengurangan dan pemulihan pesakit strok atau berisiko penyakit jantung, tidak boleh diperkecilkan. - A G Schauss, Pd. D Penulis lebih 50 buku dan ahli British Society of Nutritional Medicine


Magnesium is an important nutrient for women with chronic candida infections. A magnesium deficiency can develop from the diarrhea, vomiting, and other digestive problems associated with intestinal candida infections. Magnesium deficiency can worsen fatigue, weakness, confusion, and muscle tremor in women with candida infections. Women with these symptoms must replace the magnesium through appropriate supplementation. Magnesium deficiency has also been seen in women suffering from PMS; medical studies have found a reduction in red blood cell magnesium during the second half of the menstrual cycle in affected women. Magnesium, like vitamin B6, is needed for the production of the beneficial prostaglandin hormones as well as for glucose metabolism. Magnesium supplements can also benefit women with severe emotional stress, anxiety, and insomnia. When taken before bedtime, magnesium helps to calm the mood and induce restful sleep. Good food sources of magnesium include green leafy vegetables, beans and peas, raw nuts and seeds, tofu, avocado, raisins, dried figs, millet and other grains. 


Tanah adalah asas kehidupan semua manusia dan semua kehidupan . Kesihatan tumbuhan, haiwan dan manusia bergantung kepada keadaan bumi ini. Untuk manusia mencapai kesejahteraan hidup, tanah harus hidup dan subur - Dr Alex Carrel, Pemenang Nobel Prize

Pastikan tubuh kita mendapat sumber mineral secukupnya dan dari sumber yang selamat dan semulajadi. 

Mudah saja dengan CMD, Concentrated Mineral Drop.  Sms/ whatsapp 013 3917806 to order.



10 Sebab Pentingnya CMD Kepada Anda






1) LENGKAP
Terdiri dari makro-mineral (magnesium,kalsium,potassium,klorida,sulfur) dan mikro mineralnya adalah (kromium, iodin, mangan, selenium dan zink). Ini menjadikan CMD supplemen mineral yang lengkap.

2) IONIK
Ionik bererti bercas positif dan negatif. CMD dititis dalam air akan memecah menjadi bentuk terkecil iaitu ionik memudahkan ia diserap oleh tubuh.

3) BERSIH/SUCI
CMD diekstrak dari Tasik Great Salt Lake, Utah, USA. Kadar garam tasik itu begitu tinggi sehingga tiada kehidupan bakteria. Berbataskan gurun sehingga tidak berpenduduk (bebas pencemaran).

4) SEMULAJADI (NATURAL)
CMD bukan hasil buatan makmal. 100% semulajadi. Diambil dari tasik Great Salt Lake, ia mengandungi barisan mineral dalam kadar seimbang untuk keperluan badan. Proses semulajadi iaitu sejatan secara solar untuk menyingkirkan kandungan garam ( sodium ) digunakan. (Tiada tambahan pewarna,pengawet,perasa tiruan).

5) SEIMBANG
Lengkap dan seimbang. Ini penting kerana mineral dengan lainnya dapat menarik atau menolak dan menciptakan suatu keseimbangan dinamik, membantu pengankutan makanan dan arahan pusat saraf badan.

6) PEKAT
55 kali lebih pekat kandungannya daripada kandungan mineral air laut. Kepekatannya begitu tinggi, dibandingkan dengan produk supplemen mineral lain.

7) MEMUDAHKAN
Mudah digunakan – hanya dititiskan dalam makanan/minuman/masakan anda (Dewasa 30-40 titis sehari, kanak-kanak 1 titis setiap 2kg berat badan).

8) MULTI FUNGSI
CMD bermulti fungsi dalam meningkatkan kesihatan badan :
Meningkatkan daya tahan daripada infeksi kuman/virus
Meningkatkan transmisi impuls saraf yang lancar
Memangkinkan pembentukan sel baru
Meningkatkan metabolisme badan
Meningkatkan tenaga dan kevitalan
Memelihara kulit dan rambut
Menguatkan gigi dan rangka badan

9) HARGA WAJAR
Anda boleh perolehi dengan harganya yang wajar yang memungkinkan segala lapisan masyarakat mengamalkannya.

10) TERBUKTI
Beribu testimoni dari benua Amerika hingga Asia membuktikan CMD membantu kesihatan kita.


Cepat! Rebutlah peluang menjadi usahawan CMD Revell. Rebut kedudukan anda kerana setiap hari ramai yang menyertai kami.

Dengan belian sebotol besar CMD, anda layak keahlian dengan tambahan RM12 sebagai yuran pendaftaran dan anda layak memiliki bonus harian yang menarik.


Wednesday, 19 November 2014

Aina dan Afreen dapat Anugerah Cemerlang 2014

Semalam, 19th Nov 2014 aku cuti untuk lihat both anak dara, Aina & Afreen menerima hadiah Anugerah cemerlang akhir tahun. En suami pun terlewat semalam. Nasib baik aku ambik video semasa diorang terima anugerah. Both tu manja sangat dengan Papa diorang. Actually masa diorang berdiri tunggu turn menerima hadiah, nampak mata diorang tercari-cari kitorang untuk bagi semangat kot. Macam kita dulu lah masa waktu belajar. mesti dok cari mana la mak bapak kita ni.

Masa mula dapat surat ni macam tak percaya. Sebab bila tengok dalam sistem online, diorang tak dapat 3 kedudukan teratas.




Boleh refer link ni http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/ untuk lihat keputusan secara online.

Rupanya Aina beritahu cikgu tak sempat update kedudukan sebenar. Alhamdulillah rezeki untuk mereka.

Kalau ikut ranking, Aina dapat TOP 20, dan Afreen dapat Top 10 in the whole class.

Kalau orang ingat diorang study hard, memang tak langsung. Maybe diorang lebih fokus di dalam kelas ketika cikgu mengajar.

Aina sebenarnya kat rumah jarang sangat ulangkaji mata pelajaran. Selain tengok tv dia suka main game. Afreen ada la buat kalau ada homework. Aina biasanya akan siapkan terus homework dalam kelas. So dia tak bawak balik kerja ke rumah.

Semalam sempatlah abadikan kenangan bersama. Semoga jadi pemangkin kejayaan di masa hadapan.

Saya ada terima tips genius melalui whatsapp iaitu dengan amalan membaca Al-Quran. Dapat terangkan hati. Macam Aina dia memang mudah menghafaz surah-surah pendek. haritu dia terpilih untuk menyertai program Hafiz/Hafizah Cilik di sekolah.

Actually biasanya lepas maghrib memang kami ajar sendiri mereka mengaji. Seminggu sekurang-kurangnya 3 kali.

Lihat Tips Genius di sini

Semoga bermaanfaat.






TIPS jadi Genius!

Tips ni dikongsi oleh sahabat sekolah lama melalui Whatsapp group.

So saya nak syer di blog ini agar memberi manfaat untuk semua pembaca.

~Tips genius~



Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...
Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu...

Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya....

Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.

Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik...
Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.

Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...

Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita....

Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...
Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...
Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.

Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential....

Bagaimana ia berlaku?

Ok, logika dan saintifiknya begini...
Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...
Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...

Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!
Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.

Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan yang lebih menarik, bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.
Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.

Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.

Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat. Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak
kita yang penat.

Pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung!
Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah...

Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran...

Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad....
Manusia zaman sekarang, kemudahan merujuk sesuatu itu sangat hebat, misalnya google, sekali klik, keluar macam-macam maklumat. Tapi manusia bukannya semakin pandai, sebaliknya semakin bodoh.

Ini kerana, manusia yang muslim khususnya pada zaman ini, mereka meninggalkan pembacaan Al-Quran...

Di fb mereka mungkin Islamik, dengan jubah, serban, kopiah, purdah...
Berdebat sana-sini, berhujah sana-sini, bagi pendapat sana-sini....
Status tiap hari mesti Islamik-islamik....

Tapi sejujurnya, berapa juzuk Al-Quran kau baca setiap hari? Itu antara kau dan Allah, kau boleh tipu manusia, tapi kau tak boleh tipu Allah dan diri kau sendiri....
Jangan kita gembira dengan kemunafikan kita, kerana itulah tandanya kita seorang munafik yang sebenar.

Anyway, semasa saya belajar di madrasah dulu, setiap pagi, kami diwajibkan membaca surah Yassin selepas solat Subuh, kemudian diwajibkan pula untuk membaca 1 juzuk Al-Quran setiap hari. Setiap 30 hari, kami akan khatam Al-Quran.

Aktiviti inilah yang paling "tidak disukai" para pelajar, sebab waktu tu sangat mengantuk. Tapi mereka tidak faham, mengapa ulama anjurkan pembacaan Al-Quran selepas Subuh.

PALING KURANG, kita diarahkan Rasulullah untuk baca surah Yassin pada setiap pagi.
Satu lagi, seeloknya, bila kita baca Al-Quran, bacalah surah yang jarang kita baca dan mulakan dengan tertib dari mula hingga khatam. Jika kita hanya baca surah lazim yang kita sudah hafal, otak kita sudah biasa dengan ayat itu dan kadar tenaga yang digunakan otak tu tidaklah sebanyak yang digunakan ketika membaca surah yang belum dihafal.

Rahsia mengapa Rasulullah dan para ulama anjurkan baca Quran pada awal pagi ialah kerana, ketika awal pagi, otak kita masih fresh selepas rehat yang panjang (tidur).

Jadi untuk mengaktifkannya, kita perlu membaca Al-Quran. Hasilnya, terbentuklah para pelajar madrasah yang genius, boleh menghafal matan-matan Arab, hafal ribuan Hadith, hafal Quran, hafal perbahasan ulama, mampu membaca kitab Arab tanpa baris dengan lancar dan sebagainya yang saya kira agak mustahil untuk dikecapi oleh pelajar akademik sekular (melainkan mereka juga amalkan rutin yang sama).

Note: Saya harap Wahhabi tidak MEMBIDAAHKAN amalan ibadah membaca Al-Quran sambil melihat mushaf...

Maklumlah, kan tiada dalil Nabi pernah baca Al-Quran guna mushaf.

Bahkan zaman Nabi dulu, mushaf Al-Quran seperti yang ada pada kita hari ni pun belum wujud.
Bahkan lagi kalaulah ada sekalipun di zaman Nabi, Nabi tetap tak kan baca guna mushaf sebab Nabi kan ummiy (tak boleh membaca/menulis).

Note 2: Lazimkan pembacaan Al-Quran beramai-ramai dengan suami/isteri dan anak-anak SETIAP PAGI. Berjemaah lebih bagus sebab kita rasa lebih bersemangat dan kebarangkalian untuk istiqamah itu lebih tinggi.

Ini silibus pertama HOME SCHOOLING yang diajar oleh Rasulullah.

Note 3: Bacalah Al-Quran kerana Allah, bukan sebab nak jadi genius. Sebelum baca quran, takafur dulu 10 saat sambil niat dalam hati, "Ya Allah, aku cintakan engkau, aku baca quran ni semata-mata untuk engkau, untuk cinta ini, dan terimalah bacaanku."

Orang yang baca quran niat nak jadi genius sahaja, dia akan dapat genius, tapi dia tak dapat pahala.
Tapi orang yang baca quran kerana Allah, genius dapat, pahala pun dapat. CINTA Allah pun dapat.
Jadi bijaklah "berbisnes" dengan Allah.


Semoga bermanfaat.

Tuesday, 18 November 2014

Koleksi Testimoni CMD Revell

CMD - Concentrated Mineral Drops telah meraih pelbagai feedback positif dari pengguna.

Jom lihat beberapa testimoni berikut :


1) Testimoni Kencing Manis









2) Testimoni Buasir, Migrain (sakit kepala) , gastrik dan keputihan.






3) Testimoni Sakit Jantung



4) Testimoni tambah darah /hemoglobin Ibu mengandung




5) Testimoni Ekzema






6) Testimoni Turun berat badan dan darah tinggi









7) Testimoni Atasi Letih dan tambah tenaga




8) Testimoni banyakkan pengeluaran susu ibu.





9) Testimoni Kanser Otak dan sakit lutut




10) Testimoni Asthma, batuk dan selsema




11) Testimoni Gout





12) Testimoni Sakit perut, muntah dan cirit birit






13) Testimoni Merokok dan sakit sendi





14) Testimoni Anak demam panas





15) Testimoni Ibu Mengandung yang gastrik dan berat naik mendadak






Sesungguhnya mineral adalah sangat penting yang bantu tubuh berfungsi dengan baik. Secara tak langsung ia perbaiki masalah kesihatan kita.

Awas!!!



Kawal PH tubuh kita supaya tidak terlalu berasid. Jom amalkan titisan CMD setiap sehari.


Ikhlas berkongsi info,
Azlina

Tanda-Tanda Sakit Di Badan - Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


Info dipetik dari Instagram Fedtri Yahya.

Dengan kesitimewaan CMD, insya Allah boleh membantu memperbaiki kesihatan kita berdasarkan simptom penyakit yang dinyatakan di atas. Saya dah cuba dan rasai perbezaannya. CMD berfungsi untuk mengembalikan badan kita yang mempunyai asid berlebihan supaya kembali ke paras PH normal tubuh iaitu 7.41. Biasanya paras itu sukar dicapai kerana kebanyakan makanan harian kita bersifat asid.



Ikhlas dari hati,
Azlina