Wednesday, 19 November 2014

Aina dan Afreen dapat Anugerah Cemerlang 2014

Semalam, 19th Nov 2014 aku cuti untuk lihat both anak dara, Aina & Afreen menerima hadiah Anugerah cemerlang akhir tahun. En suami pun terlewat semalam. Nasib baik aku ambik video semasa diorang terima anugerah. Both tu manja sangat dengan Papa diorang. Actually masa diorang berdiri tunggu turn menerima hadiah, nampak mata diorang tercari-cari kitorang untuk bagi semangat kot. Macam kita dulu lah masa waktu belajar. mesti dok cari mana la mak bapak kita ni.

Masa mula dapat surat ni macam tak percaya. Sebab bila tengok dalam sistem online, diorang tak dapat 3 kedudukan teratas.




Boleh refer link ni http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/ untuk lihat keputusan secara online.

Rupanya Aina beritahu cikgu tak sempat update kedudukan sebenar. Alhamdulillah rezeki untuk mereka.

Kalau ikut ranking, Aina dapat TOP 20, dan Afreen dapat Top 10 in the whole class.

Kalau orang ingat diorang study hard, memang tak langsung. Maybe diorang lebih fokus di dalam kelas ketika cikgu mengajar.

Aina sebenarnya kat rumah jarang sangat ulangkaji mata pelajaran. Selain tengok tv dia suka main game. Afreen ada la buat kalau ada homework. Aina biasanya akan siapkan terus homework dalam kelas. So dia tak bawak balik kerja ke rumah.

Semalam sempatlah abadikan kenangan bersama. Semoga jadi pemangkin kejayaan di masa hadapan.

Saya ada terima tips genius melalui whatsapp iaitu dengan amalan membaca Al-Quran. Dapat terangkan hati. Macam Aina dia memang mudah menghafaz surah-surah pendek. haritu dia terpilih untuk menyertai program Hafiz/Hafizah Cilik di sekolah.

Actually biasanya lepas maghrib memang kami ajar sendiri mereka mengaji. Seminggu sekurang-kurangnya 3 kali.

Lihat Tips Genius di sini

Semoga bermaanfaat.






No comments:

Post a Comment