Thursday, 20 November 2014

ASID BERLEBIHAN PUNCA PENYAKIT



Asid yang banyak berkumpul dalam tubuh badan boleh menyebabkan:- 

Keradangan  
Sakit sendi  
Masalah penghadaman  
Kurang Tenaga  
Sukar mengurangkan berat badan  
Tekanan dan lain-lain

Asid berlebihan : Satu fenomena baru di mana ‘radikal bebas’ dan antioksidan menjadi focus utama 20 tahun yang lalu, masalah kandungan asid dalam badan, badan beralkali dan bagaimana untuk mengekalkan tahap pH yang optima adalah fokus hari ini.  

Asid berlebihan boleh melemahkan badan dan mengurangkan kadar kandungan nutrien penting dalam organ-organ utama, tulang dan gigi (ini termasuk kalsium, sodium, potassium dan magnesium).  Apabila nutrien penting ini digunapakai untuk meneutralkan dan membuang lebihan asid, kandungan nutrien dalam organ-organ akan terus berkurangan dan ini akan menyebabkan tubuh akan terus mengalami kerosakan yang berpanjangan.  Kondisi ini akan berlarutan bertahun lamanya tanpa dapat dikesan.

Asid berlebihan memberi kesan  setiap orang , ini kerana cara hidup, makanan dan persekitaran kita.  Asid yang terlalu banyak menjadikan tubuh badan kita terlalu mudah diserang penyakit. pH yang baik membenarkan tubuh badan untuk berfungsi dengan normal iaitu menghasilkan sel sihat dan menentang penyakit. Malahan sel kanser tidak aktif dalam tubuh badan yang mempunyai pH optima iaitu 7.4 pH.

Untuk mengekalkan tahap pH dalam tubuh badan yang optima, kita digalakkan untuk makan sekurang-sekurangnya 20% makanan berasid dan 80% makanan beralkali.  Tetapi terlalu sukar untuk kita memastikannya kerana 90% makanan dan minuman harian kita bersifat asid seperti daging, roti putih, telor, mee goreng, laksa, nasi, air tea, kopi, soda, milo, susu bertin, gula dsbnya.  Terlalu sedikit pula makanan beralkali seperti sayuran segar, buah-buahan, jus buah asli tanpa gula,  ‘whole grain’ dsb. Kebolehan tubuh badan untuk memproses asid berlebihan beransur berkurangan bila kita berumur dan tekanan hidup yang kita alami. 

Apabila dadah dan bahan kimia yang telah diperkenalkan dalam makanan, udara dan air, menjadikan bertambah sukar badan kita untuk mengawal ‘chemistry’ dalam tubuh badan kita.   Fungsi biologi dalaman berada dalam bahaya.   Sisa-sisa asid yang terlalu banyak dalam badan menganggu  level pH dimana tubuh badan berjuang untuk kekalkan, membawa kepada ‘metabolic acidotic stress’.   Inilah puncanya kita dapati kadar penyakit-penyakit yang meragut nyawa telah meningkat.


Terdapat lebih 400 saintifik jurnal menyokong penemuan ini. Ini bukanlah penemuan baru tetapi telah mendapat perhatian umum dipasaran hari ini.  Dibawah disertakan pandangan beberapa pakar:-

"Punca utama penyebab penyakit-penyakit kronik ialah terlalu banyak asid dalam tubuh badan" - Dr Otto Warburg (Penerima anugerah 'nobel prize' kerana berjaya membuktikan punca utama penyakit degeneratif ialah asid yang terlalu banyak dalam tubuh badan) 

“Asid yang berlebihan dalam badan seperti kereta yang kekurangan minyak enjin”  Dr Theodore A. Baroody penulis Alkalize or Die 

“Asid dalam badan menyebabkan sel darah melekat antara satu sama lain, lemah dan mati.  Apabila ini terjadi, lebih banyak asid masuk dalam saluran darah, menyebabkan berlakunya pencemaran dalam darah.  Tubuh badan cuba meneutralkan dengan mengambil bekalan nutrien daripada risab, tapi akhirnya risab ini akan berkurangan dan asid berlebihan mula melakukan kerosakan dalam arteri darah.   Tubuh badan dengan keupayaan  semula jadi mengeluarkan kolestrol yang banyak pula untuk melindungi arteri darah, kolestrol ialah kesan lain yang merbahaya”  Anthony Robin – penulis Get The Edge

Banyak kajian saintifik mendapati kesihatan mula berkurangan bermula apabila pH selular telah bertukar menjadi berasid, toksik dan tercemar.    Tekanan darah, kolestrol dan suhu tubuh badan menjadi barometer kesihatan tetapi tahap pH yang seimbang dalam badan  adalah sangat penting. 

Ramai orang mengambil berat kadar pH dalam kolam mandi daripada memastikan kadar pH dalam badan.   Kesannya, ramai orang cepat letih, immuniti yang rendah dan terdedah pada banyak penyakit-penyakit kronik.

Dapatkan sebotol CMD hari ini demi kesihatan yang lebih baik untuk membantu mengawal PH tubuh kita supaya lebih beralkali.




No comments:

Post a Comment