Saturday, 22 November 2014

Melawat Pusat Sains

Sempena cuti sekolah yang baru bermula semalam, kami membawa anak-anak ke Festival Sains yang diadakan di Pusat Sains Malaysia, Bukit Kiara.



Kami tiba di sana dalam pukul 12.30 tengahari. Anak-anak memang seronok la di sana, Ada banyak peralatan yang dipamerkan selain mereka boleh mencuba membuat ujikaji bagi setiap teori Sains yang ditunjukkan. Berikut adalah some pictures yang sempat kami rakamkan.



Mencuba pelbagai teori sains.


Aktiviti seni dengan tanah liat.


Di tingkat 2, ada bahagian Sains Forensik. Ada buku soalan untuk mengenalpasti suspek berdasarkan bahan bukti di tempat kejadian seperti kesan tayar, tapak kasut, cap jari dan lain-lain.


Festival Sains 2014 ini berlangsung dari 22-27 November 2014. Jadi jangan lepaskan peluang terutama kepada yang tinggal di sekitar lembah Klang. Masuk pun percuma je.




No comments:

Post a Comment