Sunday, 30 November 2014

Hujung minggu yang padat dengan kenduri Kahwin


Minggu ni padat dengan menghadiri kenduri kahwin. Memang puaslah makan lauk kenduri. Hari ni pun sepupuku, Anne bersanding di sebuah dewan di Taman Cheras Jaya. Jam 11 dah bertolak ke sana, hinggalah hampir jam 5 petang baru sampai rumah. Dok melepak dalam dewan pun letih. Maklumlah orang berbadan dua ni nak baring-baring je. Lagipulak hari biasa, balik rumah pun dah hampir 8 malam. Penatnya lah badan..

Petang semalam kami sempat gak bawak anak-anak berenang di Marina Putrajaya. Walau dah attend 2 kenduri kahwin pun tak reti nak penat.

Mama dok lepak tepi jelah tengok diorng berenang dengan hubby.











Gambar atas tu dekat kenduri anak Nek Be di sebuah kompleks sukan keramat. Ada la sudut ambik foto dengan extra gadget seperti princess crown , tie dan love stick.

Pic tengah tu suasana kolam renang di Marina Putrajaya. Kolam ni tertutup, tapi sejuk sebab kat tingkat atas, agak windy. Tapi oklah, tiada gangguan cuaca. Air kolamnya bersih la jugak. Tu pasal sanggup kami ke sini walau jauh gak dari rumah. Hampir 3 jam kami habiskan waktu di sana. Kolam kecil untuk kanak-kanak, air dia suam sikit, Sesuai la untuk anak-anak kecil.

Di pusat Marina tu pun ada pelbagai kemudahan lain seperti Surau, Gym, kelas Aerobik, dan Snooker. Surau dia pun kemas dan selesa.

As usual, lepas solat maghrib kami pergi dinner di Taman Warisan Pertanian. Kat sini ada banyak la pilihan makanan. Yang mesti tak miss Roti John dan Satay. Yang herannya, setiap kali kami ke situ, mesti waktu tu hari hujan. Putrajaya memang kerap hujan sebelah petang dan malam ke?

Semalam kami order Nasi Ayam Hainan, satay dan Roti John Cheese. Harith makan bubur nasi ayam. Sedap bubur nasinya. Sorry lupa nak ambik gambo..dah kelaparan..hehe. Semua pun sedap!

Some testimoni updates untuk CMD

Ohya, hari Jumaat kelmarin, org gaji saya mula batuk..dan demam sedikit. Syukurlah tak tempias pada anak-anak.

Sebelum ke pejabat..saya bekalkan air yang dititis CMD untuk beliau. Alhamdulillah bila balik dr kerja, dah berkurang banyak..hampir 90% recovered. Orang dah berumur bila dah batuk bukan senang nak hilang. Alhamdulillah CMD membantu.

Anak-anak sekarang pun selalu amalkan air yang dicampur CMD ni, alhamdulillah nampaklah mereka ceria dan makin kuat antibodi. Mana taknya, kalau keluar berjalan, saya akan bawak bekalan air kosong bersama CMD. Nak tak nak diorang akan minum juga. Walau mereka berendam lama dalam kolam semalam , lagi pulak cuaca hujan, ada jugak terkena juga hujan gerimis, Alhamdulillah mereka nampaknya ok je today. Selera makan Harith pun makin baik, selain dah tak sembelit.

Oklah, dah habis dah coretan aktiviti keluarga minggu ni. Jumpa lagi bila ada kelapangan!



No comments:

Post a Comment