Assalamualaikum
Terima kasih kerana sudi singgah ke Blog saya yang tidak seberapa ni. Kali ni hobby berblog personal campur sikit-sikit biz datang kembali. Saya sangat minat to create health awareness, berkongsi info-info kesihatan yang selalu kita terlepas pandang. Ia juga untuk rujukan saya di masa hadapan.
Ia juga salah satu cara saya kurangkan tekanan setelah penat bekerja di pejabat.
Now saya sedang mengandung anak ke -4 (insya Allah) dan usia kandungan sudah mencecah 22 minggu. Saya percaya dan yakin, selain ianya rezeki dari Allah, amalan Jus Qaseh Gold Adinda membantu saya hamil semula. Info banyak di http://degoldenQaseh.blogspot.com
Anak yang bongsu sekarang dah berusia 5 tahun.
Saya sangat concern soal kesihatan. Sudah mula memgambil makanan kesihatan sejak selepas mendirikan rumah tangga. Saya concern kerana saya ada sejarah pelbagai penyakit seperti migraine, gastrik dan ekzema sejak kecil.
Setelah mengalami buasir ketika saya berumur 23 tahun, saya telah mula diperkenalkan dengan makanan kesihatan. Dah la memang saya tak suka makan ubat. Ubat-ubat selalunya saya simpan sampai luput, hehe. Sangat penakut.Yang menterujakan, dengan pembersihan usus, penyakit saya seperti ekzema, migraine dan gastrik turut pulih sekaligus.
Selama 10 tahun tu saya dah terdedah dengan pelbagai makanan kesihatan. Jadi expectation saya terhadap sesuatu produk memang tinggi. Kalau saya suka tu memang hebatlah. Hanya yang berkualiti dan lain dari yang lain je jadi pilihan.
Oklah, sekian dulu. Saya akan update blog ni dari masa ke semasa.
Salam Hormat.
No comments:
Post a Comment