Alhamdulillah..pada jam 5.20am, 9 Mac 2015, seorang baby girl yang comel telah selamat dilahirkan secara normal di Tropicana Medical Centre.
Syukur dengan proses kelahiran yang dipermudahkan. Jam 2.30 pagi gerak ke hospital. Masa tu bila nurse check dah buka 2cm.
Bila sakit dah datang..memang terus nak teran je. Doktor pun tak sempat sambut, baby dah keluar dulu.
Kalau ikut check pada jumaat sebelumnya, anggaran berat baby dab 2.7kg. Rupanya bila lahir cuma 2.19kg je.
Kalau tak bersalin pagi Isnin tu, memang doktor dah scheduled untuk aku masuk wad petang tu. Means kena induce la. Syukurlah sakit tu datang dulu. Macam tau je baby ni.
Pagi tu lepas paed check baby, alhamdulillah baby sihat. Kuning pun takde.Doktor siap bagi tau boleh discharge pun haritu. Jahitan aku pun ada 1 jahitan je. Doktor Nurhazinat bgtau sikit je koyaknya. Ada hikmahnya baby kecik ni.
2 hari selepas discharge, ada appointment susulan untuk baby Annisa. She gained 200gm dan panjang pun tambah 2cm. Semestinya she is fully breastfed baby.
Semoga both of us menjalani tempoh berpantang dengan baik dan sihat.
Semoga both of us menjalani tempoh berpantang dengan baik dan sihat.
No comments:
Post a Comment