Apa itu daun Stevia?
Stevia adalah genus yang terdiri daripada 150 spesis herba daripada keluarga bunga matahari atau Apa itu daun Stevia?
Stevia adalah genus yang terdiri daripada 150 spesis herba daripada keluarga bunga matahari atau Astereacea.
Stevia juga dikenali sebagai "Pokok Gula" di Malaysia kerana dipercayai boleh mengurangkan kencing manis.
Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis atau pengganti gula pasir adalah stevia dari spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb
Bagaimana Pokok Stevia ditanam?
Stevia adalah sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Medium yang digunakan untuk tanaman stevia adalah jenis tanah poros supaya tiada air yang bertakung selepas disiram.
Tumbuhan ini memerlukan air yang cukup dan perlu disiram sebanyak 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.
Daunnya berbentuk bujur dan batangnya halus dan bergerutu.
Dalam keadaan optimum, stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwarna putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya agak kecil.
Bagaimana pokok stevia membiak?
Bunga ini menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.
Negara mana tanaman stevia dilakukan?
Sebelum ini, tanaman stevia banyak di Amerika Selatan dan sekarang pokok stevia juga ditanam secara besaran di Malaysia, Jepun, Taiwan, Filipina dan Hawaii disebabkan permintaan yang tinggi menggantikan gula pasir daripada tebu.
Bagaimana daun stevia ini boleh ditemui dan dijadikan sebagai pemanis semulajadi?
Stevia sebenarnya telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh penduduk di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi.
Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang lalu. Stevia ketika itu digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka dan juga memaniskan makanan mereka. Kaum tersebut juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.
Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Ia digunakan secara meluas di Eropah sehinggalah dibawa masuk ke Asia.
Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil apabila mendengar cerita sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.
Pakar botani Paraguay, Moises S Bertoni banyak menulis mengenai tumbuhan ini sehingga ramai yang tahu keunikan dan kelebihannya. Sejak itu, lebih banyak kajian dilakukan terhadap kebaikan dan kelebihan daun stevia kepada manusia.

Pakar botani Paraguay, Moises S Bertoni banyak menulis mengenai tumbuhan ini sehingga ramai yang tahu keunikan dan kelebihannya. Sejak itu, lebih banyak kajian dilakukan terhadap kebaikan dan kelebihan daun stevia kepada manusia
No comments:
Post a Comment