Friday, 27 March 2015

Susu lembu atau soya penyebab kulit alergik?

Assalam.

Kali ni yang nak sangkal kaitan susu soya dan susu lembu yang boleh menyebabkan kulit mudah alergik.

Ini adalah pemerhatian saya kepada kulit bayi yang baru saya lahirkan ini begitu bersih, mulus dan bebas alergik. Setiap kali tukar lampin, saya tak perlu sapu sebarang diaper cream untuk elak diaper rash. Begitu juga ruam susu, walau breastmilk selalu terkena wajah bayi saya, ia tidak mendatangkan sebarang ruam.

Saya percaya ini mungkin kerana saya selalu minum air kosong bersama CMD semasa mengandung. CMD kaya dengan pelbagai mineral yang meningkatkan kesihatan kulit manusia. So selama ni yang salah tubuh kita yang mungkin kurang mineral tertentu yang menyebabkan kita mudah mendapat alahan. Saya sendiri dulu pernah mengidap ekzema dan psoriasis. Namun ia tak menurunkan masalah kulit itu pada bayi saya. Alhamdulillah.

Memang hakikatnya dulu kalau minum susu either soya atau susu lembu, saya ada sedikit alahan seperti sakit tekak dan kadang kala selsema. Kembung pun kadangkala ada.

Tapi sejak saya kenal CMD, masalah itu tiada lagi. Ohya..saya pun dah tak sakit kepala bila minum kopi bila saya mix kan CMD dalam minuman kopi saya 😊.

Berminat cuba CMD, sila whatsapp saya di 0133917806

Monday, 16 March 2015

Kehadiran orang baru

Alhamdulillah..pada jam 5.20am, 9 Mac 2015, seorang baby girl yang comel telah selamat dilahirkan secara normal di Tropicana Medical Centre.

Syukur dengan proses kelahiran yang dipermudahkan. Jam 2.30 pagi gerak ke hospital. Masa tu bila nurse check dah buka 2cm.

Bila sakit dah datang..memang terus nak teran je. Doktor pun tak sempat sambut, baby dah keluar dulu.

Kalau ikut check pada jumaat sebelumnya, anggaran berat baby dab 2.7kg. Rupanya bila lahir cuma 2.19kg je.

Kalau tak bersalin pagi Isnin tu, memang doktor dah scheduled untuk aku masuk wad petang tu. Means kena induce la. Syukurlah sakit tu datang dulu. Macam tau je baby ni.

Pagi tu lepas paed check baby, alhamdulillah baby sihat. Kuning pun takde.Doktor siap bagi tau boleh discharge pun haritu. Jahitan aku pun ada 1 jahitan je. Doktor Nurhazinat bgtau sikit je koyaknya. Ada hikmahnya baby kecik ni.

2 hari selepas discharge, ada appointment susulan untuk baby Annisa. She gained 200gm dan panjang pun tambah 2cm. Semestinya she is fully breastfed baby.

Semoga both of us menjalani tempoh berpantang dengan baik dan sihat.